BORANG PESANAN- Borang pesanan merupakan borang yang digunakan untuk membuat pesanan untuk membeli barang.
- Aktiviti belian akan bermula selepas pembeli meneliti sebut harga, senarai harga dan katalog.
- Borang ini dihantar oleh pembeli kepada penjual.
- Pembeli akan membuat pesanan barang niaga dengan menghantar borang pesanan belian kepada penjual.
- Butiran berdasarkan maklumat dalam katalog.
- Harga yang dinyatakan adalah berdasarkan sebut harga.
- Maklumat dalam pesanan belian tidak perlu dimasukkan ke mana-mana bukup perakaunan sebab proses jual beli belum bermula lagi.
<= Berikut ialah satu contoh borang pesanan.

INVOIS- Setelah penjual menerima pesanan belian daripada pembeli, penjual akan menghantar barang niaga kepada pembeli bersama dengan nota serahan.
- Pembeli akan menyemak barang niaga yang diterima dengan nota serahan dan menandatanganinya.
- Penjual pula akan menyediakan invois berdasarkan nota serahan yang disahkan oleh pembeli.
- Invois merupakan dokumen perniagaan yang penting dalam urus niaga jual beli secara kredit.
- Invois disediakan dalam tiga salinan, satu salinan asal dihantar kepada pembeli dan dua salinan lain digunakan oleh penjual sebagai rujukan.
- Invois adalah dokumen penting yang digunakan sebagai sumber rekod perakaunan. Pembeli merekodkan butir-butir invois dalam Jurnal Belian manakala penjual merekodkan butir-butir invois dalam Jurnal Jualan.
- Maklumat penting yang terdapat dalam invois ialah:
- Nama dan alamat penjual
- Nama dan alamat pembeli
- Tarikh invois disediakan
- Nombor invois, butir, kuantiti, harga seunit dan jumlah
- Syarat-syarat urus niaga seperti:
- Ang. dib - Singkatan bagi angkutan dibayar bermakna kos pengangkutan dibiayai oleh penjual
- Diskaun tunai - Potongan yang diberi sebab bayaran dibuat dengan cepat, contoh 5% 10 hari bermaksud 5% diskaun tunai akan diberi jika pelanggan membayar dalam tempoh 10 hari.
- K & K di K - Singkatan bagi kesilapan dan ketinggalan dikecualikan bermakna sebarang kesilapan dan ketinggalan boleh dibetulkan dengan menggunakan nota debit dan nota kredit.
<= Berikut ialah satu contoh invois.
Rujukan wikipedia (En) : http://en.wikipedia.org/wiki/Invoice

NOTA DEBIT- Nota Debit merupakan dokumen yang digunakan untuk menambahkan hutang pembeli kerana mungkin invois yang dihantar terkurang catat.
- Nota Debit disediakan oleh penjual dan dihantar kepada pembeli.
- Penjual menyimpan dokumen salinan dan pembeli menyimpan dokumen asal.
<= Berikut ialah satu contoh nota debit.

NOTA KREDIT- Nota Kredit merupakan dokumen yang dihantar untuk mengurangkan hutang pembeli.
- Dokumen ini akan dihantar apabila pembeli memulangkan bekas kosong, pembeli memulangkan barang kerana rosak atau silap jenama dan jika ada kesilapan dalam pengiraan invois.
- Nota Kredit disediakan oleh penjual dan dihantar kepada pembeli.
- Penjual menyimpan dokumen salinan dan pembeli menyimpan dokumen asal.
<= Berikut ialah satu contoh nota kredit.
RESIT
- Resit merupakan dokumen bukti bayaran telah dibuat.
- Dokumen asal diberikan kepada pembayar dan salinan disimpan oleh penerima bayaran.
- Pembayar akan menggunakan resit asal untuk membuat catatan dalam Jurnal Pembayaran Tunai atau Buku Tunai.
- Penerima bayaran akan menggunakan salinan resit untuk membuat catatan dalam Jurnal Penerimaan Tunai atau Buku Tunai.
<= Dokumen di atas ialah satu contoh resit rasmi.
Rujukan wikipedia (En) - http://en.wikipedia.org/wiki/Receipt
 |
Slip Bank/Slip Wang Tunai Masuk- Slip bank digunakan apabila peniaga membuat simpanan ke dalam Akaun Semasa perniagaan di dalam bank.
- Slip bank disediakan oleh bank dan peniaga menyimpan slip bank asal.
- Urus niaga ini merupakan catatan kontra dalam Buku Tunai di mana wang tunai perniagaan dimasukkan ke bank.
<= Dokumen di atas ialah satu contoh slip bank.
 |
Cek dan Keratan Cek- Keratan cek merupakan pengesahan pembayaran yang dibuat dengan cek.
- Apabila cek dikeluarkan kepada penerima bayaran, keratan cek disimpan oleh peniaga sebagai bukti bahawa bayaran telah dibuat.
<= Dokumen di atas ialah satu contoh cek dan keratan cek.
Rujukan wikipedia (En) - http://en.wikipedia.org/wiki/Cheque
|
 |
BIL TUNAI- Bil Tunai merupakan dokumen untuk merekodkan:
- belian dan jualan barang niaga secara tunai atau cek.
- belian dan jualan aset bukan semasa secara tunai atau cek.
- Bil Tunai disediakan oleh penjual.
- Penjual menyimpan dokumen salinan dan pembeli diberi dokumen asal.
<= Dokumen di atas ialah satu contoh bil tunai.
SLIP DAFTAR TUNAI- Slip daftar tunai merupakan dokumen perniagaan yang merekodkan belian atau jualan barang niaga secara tunai.
- Slip ini disediakan oleh penjual melalui mesin daftar tunai.
<= Berikut ialah satu contoh slip daftar tunai ketika membeli barangan dari Pasaraya Marmut.
 |
BAUCAR PEMBAYARAN- Baucar Pembayaran merupakan dokumen pengesahan perbelanjaan yang telah dibuat secara tunai atau cek.
- Antara kegunan baucar pembayaran ialah pembayaran gaji pekerja.
- Peniaga akan menyimpan dokumen salinan dan dokumen asal akan diberikan kepada penerima pembayaran.
<= Dokumen di atas ialah satu contoh baucar pembayaran gaji
|
|
|
MEMO- Memo merupakan dokumen peringatan urus niaga yang berlaku antara pemilik perniagaan dengan perniagaan.
- Urus niaga yang menggunakan memo:
- pemilik mengambil barang niaga atau tunai untuk kegunaan sendiri, pengiklanan atau derma.
- peniaga membawa masuk aset peribadi atau tunai ke dalam perniagaan.
<= Dokumen di atas ialah satu contoh memo.
MAKLUMAN DEBIT
- Makluman Debit merupakan pemberitahuan oleh bank bahawa akaun peniaga di bank tersebut telah didebitkan atau berlaku pengurangan deposit.
- Makluman Debit selalunya akan dihantar oleh bank melalui pos kepada peniaga.
- Peniaga perlu bertindak dengan mengkreditkan Buku Tunainya memandangkan terdapat wang keluar.
<= Dokumen di atas ialah satu contoh makluman debit
MAKLUMAN KREDIT
- Makluman Kredit merupakan pemberitahuan oleh bank bahawa akaun peniaga di bank tersebut telah dikreditkan atau berlaku penambahan deposit.
- Makluman Kredit selalunya akan dihantar oleh bank melalui pos kepada peniaga.
- Peniaga perlu bertindak dengan mendebitkan Buku Tunainya memandangkan terdapat wang masuk.
<= Dokumen di atas ialah satu contoh makluman kredit
PENYATA AKAUN- Penyata akaun merupakan dokumen yang digunakan untuk mengingatkan penghutang tentang jumlah hutangnya.
- Senarai semak yang dihantar oleh pemiutang kepada penghutang dengan menyenaraikan setiap urus niaga yang telah berlaku antara pembeli dan penjual dalam sesuatu bulan.
- Penyata Akaun hanyalah rujukan penghutang, tidak melibatkan apa-apa catatan urus niaga di dalam buku akaun penghutang.
<= Berikut ialah satu contoh penyata akaun.
BIL-BIL LAIN
- Bil-bil lain terdiri daripada pembayaran utiliti kepada pihak tertentu seperti Jabatan Bekalan Air negeri, Tenaga Nasional, Sabah Elektrik Sdn Bhd, Telekom Malaysia dan sebagainya.
- Keratan bayaran disimpan oleh peniaga dengan sokongan baucar sebagai bukti wang telah dikeluarkan.
<= Dokumen di atas ialah satu contoh bil-bil lain.
|
|
No comments:
Post a Comment